Asalamualaikum wbt.
Orang kata dalam hidup ini kita tidak boleh sentiasa berada ditakuk lama...biasa kita mendengar " semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini" Kita harus sentiasa memperbaiki diri kita dalam ape jua perkara spt dlm kerjaya,..dlm hubungan dengan org disekeliling dan yg paling penting hubungan kita dengan Allah SWT. Hubungan kita dgn Tuhan tidak perlulah kita nak gembar gemburkan seperti yg selalu sy baca dlm status fb...cth"hari ini sy puasa enam..nak berbuka dgn ape ye..atau mlm tadi sy sembahyang tahajjud ..atau kami berjemaah terawih di setiap mesjid ,sungguh seronok sekali...atau hari ini sy buat kuih untuk dihantar kerumah anak-anak yatim " oh please I will never write this kind of statement..kalau boleh segala kebaikan yang kita lakukan kena betul2 ikhlas ibaratnya bila tangan kanan memberi jgn sampai kiri tahu..kalau satu dunia nak diberitahu ..fikirlah sendiri taknaklah jump into conclusion.
Dalam kerjaya pulak,I think I am happier to be an odinary teacher because..the higher u go,the bigger stone u will carry on yr soulder...and definitely will slowly apart from yr friends...ape taknya..kalau dulu mmg seronok ddk dlm bilik guru..ramai2,bincang tentang subjek,bersembang2 dengan kawan2 bila waktu free tak ade kelas boleh lepak kat library ...dan yang paling best bila ada potluck..yang paling seronok ialah bila kita mengajar bdk2 form 5..sy mengajar modern maths and addmaths .Kepuasan mengajar bdk2 tingkatan 5 memang tdk boleh dinafikan.pernah sy sanggup mengajar lima kelas ting 5 dari mengajar lower form sbb bila mengajar kelas peperiksaan semangat dia lain..menanda latihan yang menimbun,bdk2 dtg bertanya,menanda project add maths...kelas tambahan petang..mana ade guru yang sanggup mengajar ting 5C utk dua subjek coz kelas ni bdk2nya agak nakal ..sylah guru maths dan add maths 5C,rekod betul...dan yang paling best bila keluar result SPM cikgulah yg paling excited sbb nak tgk hasil usaha sepanjang tahun .... best moment ever hadlah..huhu.
Tapi itulah...sekali bah,sekali pantai berubah..as time goes by ..masih disekolah yg sama tp post berbeza...
Wednesday, September 21, 2011
Friday, September 9, 2011
Asalamualaikum wbt.
Tgh surf2 internet..coincidently jumpa this article..klik
Saje nak copy and paste and share...manalah tahu ada diantaranya boleh dijadikan panduan dan pedoman.Bukan ape... bdk2 semuda ting 1 pun dah pandai cintan - cintun ...
mmglah benda ni kdgkala ssh utk remaja elak coz it is nature...tapi kena sedar that bercinta diusia muda sebenarnya hanya buang masa..fokas dah bercabang antara belajar dgn melayan cinta...jodoh kita dah tertulis di Loh Mahfuz..Allah SWT dah tentukan siapa ..so tak payah nak tumpu sgt bab2 ni...
Baca ya....
Tgh surf2 internet..coincidently jumpa this article..klik
Saje nak copy and paste and share...manalah tahu ada diantaranya boleh dijadikan panduan dan pedoman.Bukan ape... bdk2 semuda ting 1 pun dah pandai cintan - cintun ...
mmglah benda ni kdgkala ssh utk remaja elak coz it is nature...tapi kena sedar that bercinta diusia muda sebenarnya hanya buang masa..fokas dah bercabang antara belajar dgn melayan cinta...jodoh kita dah tertulis di Loh Mahfuz..Allah SWT dah tentukan siapa ..so tak payah nak tumpu sgt bab2 ni...
Baca ya....
“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN CINTA
Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MODULES FOR ADD MATHS
MODULES FOR MODERN MATHS
- Circle area and perimeter
- Earth as a sphere
- Gradient and area under graph
- Graph of function
- Inequalities
- Lines and planes in 3- dimension
- Mathematical reasoning
- Matrices
- Plan and Elevation
- Probability
- Quadratic expressions and equations
- Sets
- Simultaneous linear equations
- Solid Geometry
- Statistics
- The straight lines
- Transformations
Salam,modul soalan latihan mengikut topik.Silalah buat..akan ditambah dr masa ke semasa..
SOALAN PERCUBAAN "ADD MATHS AND MODERN MATHS" SBP 2008..Apa lagi? buat latihan ni tau...
QUADRATIC EQUATION
INDICES ANG LOGARITHM
COORDINATE GEOMETRY
CIRCULAR MEASURE
DIFFERENTIATION NOTES
Dear students ,enjoy the exercises...start your revision now......I will upload more exercises on mathematics and add maths in future.. Strive hard to get A1 ...good luck! Utk enlarge klik petak empatsegi kanan sekali.
from:Pn Rahmah
ANSWERING TECHNIC ON ADD MATHS
Read this document on Scribd: TIPS FOR ADDITIONAL MATHEMATICS
GUIDLINES ON ADDMATHS...nota ini sgt berguna kepada pelajar..boleh upload atau print terus!
Read this document on Scribd: fORMAT
hidden information
Read this document on Scribd: T2 Hidden Information 007 19 - 22