Salam,
Blog maknanya 'be log'..nak be log all the time tu susahlah sbb banyak lagi urusan duniawi yang perlu diselesaikan.Hari ni saje kena menghadiri kursus LADAP sampai tengahari..Sekarang ni pelajar-pelajar lepasan SPM masing-masing dah tahu keputusan matrik,UPU,JPA,Mara dan lain2.Keputusan mana nak pergi mana pun mungkin dan dibuat oleh anak-anak kita.
Anak saya pulak dah buat keputusan nak ke UPM.Sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana melapangkan rezeki kepada dia..dapat matrikulasi jgk tapi nun jauh kat Changlun..jenuh nak drive menghantar dia ke Kedah kalau ditakdirkan tak dpt tawaran lain.Dah dapat dibayangkan penatnya perjalanan ke Kedah tu..mesti abahnya entah berapa kali mengantuk dan berapa banyak peket kuaci Cha Cheer kena beli supaya mata tak mengantuk sepanjang perjalan ke Kedah..mujur dpt tawaran UPU dapat pegi Asasi UPM..legaa.
Ape taknya masa sekolah di SBPI Selandar boleh dikatakan setiap dua minggu (masa form 1 setiap minggu) kena ke Melaka.Sebelum ni saya tak pernah dengar tempat nama Selandar ni.Bila anak dpt tawaran ke asrama di Selandar,wondering kat mana tempat ni.Goole earth cari kat mana dan pergi kat tempat tu nak reki dulu.Mak aii jauh kat hujung Melaka sempadan dgn Negeri Sembilan..tapi tempat tu damai dan sejuk.
Letih ulang ke Melaka tak hilang lagi..dah nak ke Kedah pulak..dahla disempadan Bukit Kayu Hitam.. jauh nau.Hmm..lama tak pegi Melaka rindu pulak..lalu kat highway turun di simpang empat...sampai round about kat Pengkalan selalu singgah makan kat kedai akak ni...nasik goreng kampung dia ..Superb,mee bandung dia slurrp..masak lomak cili api ikan sembilang salai dia...ishh meleleh air lioqq..Alamak rindu la pulak nak pegi Melaka...5 tahun tu..
Sebenarnya saya mmg penat sangat tahun lepas..sorang kat Melaka,sorang kat SBPI Gombak..bila time cuti balik dua2 org ni mulalah pening kepala..dua2 TAK NAK balik awal..sudahnya kalau nak anta balik asrama to be fair ibu bapa yang banyak berkorban..iaitu hantar adik ke Gombak lps zohor..so that dia taklah awal sgt balik asrama..sampai gombak about 4.30 pm ..then hantar kakak pulak ke Melaka..sampai sekolah SBPI Selandar selalu dah petang..lps semua setel baiklah parents ni tadi ke Banting dengan rasa mengantuk,letih dan sebagainya..sampai rumah sometimes pkl 10 malam..Itulah rutin sy sepanjg 5tahun lps..kalau anak2 tak menghargai pengorbanan ini tak tahulah...tak payah nak balas dengan ape2...balas dengan belajar rajin2 cukuplah..senang sangat.Tu yang bila tahu dpt matriks Changlun ...Alhamdullilah jgk tp tak berapa excited.
Endingnya masuk UPM..Asasi Sains UPM ni ramai org tak tahu..ramai org ingat lps Asasi ni mesti ambil bidang pertanian..silap tu.Asasi Sains UPM ni sama tarafnya mcm matrikulasi iaitu dpt bantuan kewangan dari KPM .Subjek di Asasi ialah Fiz,Kim,Bio,Math,BI and Basic Sains Pertanian coz Asasinya di UPM agaknya so kena blaja sains pertanian..tak apelah at least gain some new knowledge..dan slps habis Asasi pelajar boleh mohon mana2 fakulti diminati di UPM untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda cth fak kej,fak perubatan,fak sains,pendidikan dsb..mmg banyak choice and Insyaalah mmg dah di UPM.
Interview UTP pun dpt jgk..masa short listed for interview tu dlm hati tak kisah kalau tak dapat.Saje nak dedahkan anak dengan interview sbg pengalaman.Disamping tu dah lama tak jalan2 Ipoh semenjak anak yang first tu dah tak belajar kat MRSM Taiping tak pernah ke Ipoh dah..best jgk dapat melawat UTP dan jalan kat Ipoh..UTP tempatnya cantik ,prasarana lengkap..cuma agak panas.Tapi tak pergi sbb UTP is a private U and the cost is very high..unless if u got scholar bolehlah,,tapi kalau scholar FAMA bengkok den dibuatnya.
Simpati jgk dengan anak2 rakan yang tak dapat tawaran kemana2.Result taklah teruk sgt tapi mungkin semasa mengisi UPU salah pilih course..mungkin pilih yang banyak saingan dengan bdk2 yg result gempak.. tu yg ssh dapat.,kadang2 sebelum mengisi applications kena jgk rajin bertanya..selalu ingatkan anak2 rajin tanya kawan2 kot dpat info berguna..kalau buat derk aje dan bertanya bila tarikh tawaran dah tutup..tak boleh nak buat ape2lah..tunggu ajelah rayuan kali ke 2..moga2 dapat.
Untuk info rayuan sila klik disini.
Saturday, May 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MODULES FOR ADD MATHS
MODULES FOR MODERN MATHS
- Circle area and perimeter
- Earth as a sphere
- Gradient and area under graph
- Graph of function
- Inequalities
- Lines and planes in 3- dimension
- Mathematical reasoning
- Matrices
- Plan and Elevation
- Probability
- Quadratic expressions and equations
- Sets
- Simultaneous linear equations
- Solid Geometry
- Statistics
- The straight lines
- Transformations
Salam,modul soalan latihan mengikut topik.Silalah buat..akan ditambah dr masa ke semasa..
SOALAN PERCUBAAN "ADD MATHS AND MODERN MATHS" SBP 2008..Apa lagi? buat latihan ni tau...
QUADRATIC EQUATION
INDICES ANG LOGARITHM
COORDINATE GEOMETRY
CIRCULAR MEASURE
DIFFERENTIATION NOTES
Dear students ,enjoy the exercises...start your revision now......I will upload more exercises on mathematics and add maths in future.. Strive hard to get A1 ...good luck! Utk enlarge klik petak empatsegi kanan sekali.
from:Pn Rahmah
ANSWERING TECHNIC ON ADD MATHS
Read this document on Scribd: TIPS FOR ADDITIONAL MATHEMATICS
GUIDLINES ON ADDMATHS...nota ini sgt berguna kepada pelajar..boleh upload atau print terus!
Read this document on Scribd: fORMAT
hidden information
Read this document on Scribd: T2 Hidden Information 007 19 - 22
2 comments:
anak kak dapat tawaran kat UPM untuk ASPer?Saya jugak!!!!akan pergi untuk pendaftaran jumaat minggu ini ^^
Foxrain,ya jumaat ni pendaftaran 20 may..kolej 13. Congrates n Goodluck to you.
Post a Comment