Wednesday, November 23, 2011

Log for today.

Asalamualaikum..
Now its already 2.29 am..and I cant sleep...nevermind..esok cuti.

Nak log apa aktiviti hari ni?

Pagi2 lps subuh terus kemas rumah...sambil masak sapu2 kat luar .By 9.30 am dah siap semuanya hal2 rumah ni..rumah dah kemas,dah masak,dah sidai kain...I always do multitask at one time..inilah kebiasaan sy,selagi semua perkara utama tak beres mmg sy tak akan sentuh perkara yang remeh...ex..fb,borak2,dsb ...Kita kena disiplin dan cekap dlm ape juga perkara.

Buat kerja walau sekecil mana pun mesti ade perancangan strategik..barulah sesuatu  itu dpt disiapkan dengan cepat dan cekap..tak suka tembe2.Saya kadang2 hairan sesetengah orang boleh meninggalkan kerja2 yang belum beres dan buat kerja lain pulak..rimasnya tengok.

Then pergi sekolah.Sampai sekolah around 10.30 am..sy lihat banyak kereta parking ..rupa2nya hari ni adalah hari ibubapa mengambil RM100.,wah ramainya..sanggup beratur panjang demi nak duit tersebut.Bertanya dalam hati..kenapa kalau mesyuarat PIBG yang dtg tak sampai 100 orang? Nampaknya ibubapa lebih prihatin tentang duit jika nak dibandingkan dengan perihal PIBG.Dalam tempoh tidak sampai 2 jam sebahagian duit dah diagihkan..harap2 gunakanlah duit tu untuk anak2..jangan balik menyinggah Mcd atau KFC sudahlah....belilah keperluan persekolahan spt alat tulis,kasut dsb.Memanglah bantuan jauh dari mencukupi ..at least something than nothing.

Tapi itulah..manusia mmg selalu tak pernah puas..tak pernah bersyukur..dibagi salah tak dibagi pun salah..ade je yang tak kena...tak habis2 dengan politik..I hate to hear about politics..sbb kdg2 yang buruk jadi baik,yang baik jadi buruk..yg betul jadi salah,yg salah jadi betul..yang sikit ditokok tambah...semua kerana nak puaskan  politik masing2..kadang2 sesama rakan pun dah tak jadi selesa bila cerita bab2 politik ni..dekat2 pilihanraya nnti lagilah bertambah panas...lantak kau la labuuu..ape susah2 sampai masa pangkah je la..undi kan rahsia.

Lepas tgk guru2 tingkatan mengagih duit..sy masuk kat ofis..penuhlah meja dengan surat2 , report pep akhir tahun pelajar yg nak kena tandatangani...dll.maklumlah dah seminggu tak masuk ofis..kerja sentiasa menunggu..so kena siapkan dulu..dengan penuh sabar menyain satu persatu...

Lepas siap kerja menyain...ade lagi satu kerja yg penting nak diselesaikan...mengisi markah prestasi guru2 sesi petang..Haihh inilah perkara rumit ...nak meletak markah utk individu2 guru...saya gagahkan diri untuk siapkan semuanya wp tengkuk ni dah rasa sakit mengadap monitor dlm tempoh agak lama..Itulah sy..selagi tak beres sesuatu  kerja sy akan tetap bereskan ...is it a good  or bad? I think its good fr the job but bad fr our body..bcoz you push yrself even if you are already tired.

Saya berdoa agar markah yg diberikan itu adil ...perkara ini mmg susah..siapalah kita nak mengadili org lain hanya dgn memberi angka tertentu..It is very subjective and I leave the rest to Allah SWT..yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yg buruk itu dtgnya dari sy..
Allah pemberi rezeki.

Saturday, November 19, 2011

PD

Asalamualaikum,
Minggu ni agak memenatkan..been spent 4 days at Tiara Beach Resort attending taklimats and bengkels ( maaf bahasa yg sy gunakan dlm blog ni bahasa rojak..) walaupun ddk saje memasang telinga tp penat.Ia mengenai KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan di Ting 1 pada 2014.Sebelum dilaksanakan kurikulum ini akan diuji rintis kat sekolah selama 3 bulan..feb-apr 2012..Tujuannya supaya  BPK dapat feed back dari sekolah2 so that ia boleh diperbaiki dari segi kesesuaian,kekangan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan di sekolah menengah pd 2014. Secara keseluruhan yang paling penting utk KSSM ni ..kurikulum yang digubal akan menyediakan pelajar2 yang dpt menangani masalah abad 21..and the most important is akan diterapkan 'Ëlemen Merentas Kurikulum"(EMK) iaitu ada 3 ,

  1. Kreativiti dan Innovasi
  2. Teknologi maklumat dan komunikasi(TMK/ICT)
  3. Keusahawanan.
Semua subjek ditingkatan satu akan diubah suai spy akan ade kronologi cth  subjek matematik ,tajuk kebarangkalian akan diperkenalkan diting 1 lagi dan akan disambung di ting 4 /5. Subjek sivik dan kewarganegaraan akan diserapkan dlm subjek sejarah..itu sebahagian daripada perubahannya.

Saya bertolak ke PD pada ptg selasa lps,sampai Tiara pkl 5 ptg..terus check in..dapat 1 apartment .,ade dua katil,1 ruang tamu dan agak besar jgklah utk ddk sorang selama 4 hari..tak ada roomate ..dpt plk bloknya jauh dari tempat makan and ballroom tempat seminar.Masuk kebilik try wifi kot2 ade.. ..hampeh.Pergi kat lobby tanya kat bdk kaunter boleh tak  access wifi.. bdk tu jwb " akk boleh guna wifi cafe,tapi kena mintak password kat cafe tu"hmm.. takkan nak kena ddk kat cafe...frust la mcm ni ..mesti bosan sorang2 kat bilik with no internet.

Then ptg tu che abang ajak pergi ke kedai dkt2 PD tu kot2 ade jual broadband..Alhamdullilah beli broadband maxis...boleh topup on line mcm prepaid ...wahh senang rupanya guna bb ni..kalau tahu begini dah  lama beli..ketinggalan zaman betul hehe.but the slack thing was my computer plk hang ..tak boleh jgk on internet..mlm tu my little girl and abahnya balik ke banting sbb esok sekolah ..dan bwk sekali komputer tu balik kerumah ..nnti abang repair dan hantar balik ke PD kirim kat ckg sy yg nak g PD jgk hari berikutnya.The next day komp sampai kat sy...masa rehat try on internet...akhirnya berjaya..(* kat rumah abang repair sampai pkl 5 pg..dpt tido setengah jam aje sebelum g sekolah....haha ..sy tahu dia selalu akan berusaha to please me)

Seronok jgk sekali sekali g kursus ni..dpt berkenalan dgn kawan baru,jumpa kawan lama..yg kebanyakannya dah jadi pengetua sekolah.,bertukar2 cerita dan pengalaman membuat kita lebih bersemangat dan ingin memajukan diri lagi..
.tapi yang agak mencuit hati ialah  satu hari tengah makan malam masing2 bercerita pasal bola antara Indon- Malaysia..seorang cikgu dari SMK Pendidikan Khas ni ada masaalah cacat penglihatan..dengan selamba dia berckp " sy memang tak suka tengok2 bola ni..buat sakit hati je.."  dia tengok bola????

Kawan baru kak Izan Pengetua SMK Kiaramas KL..
(  Telok Kemang  pada petang 16 Nov)
Tq  belanja makan kat situ...


posing kat Pantai Telok Kemang.

Bersama Pn hjh Asmah- guru sejarah sekolah sy.


Suasana di Ballroom Tiara

Monday, November 14, 2011

Presentation tips on Publis Speaking.

Asalamualaikum.........
( for spm candidates: Best of Luck can find quest fr revision here)
Ramai diantara kita yang menghadapi masaalah ketika nak buat presentation dan juga public speaking..malah ade yang rasa gementar,takut ,nak terkucil dan bermacam2 rasa lagi.Perasaan ni berlaku bila kita diminta utk berucap,present,dsb.For me this is normal..a bit ketaq is normal to boost yr idea..sy teringat sewaktu menghadiri kursus TK3 di hotel Int KL...setiap org kena present 3 bahagian iaitu power point,speaking and group presentation.
Yang paling lucu ialah public speaking in English..semua orang like zombii tak ade yg duduk ..practising sambil menunggu pengadil dtg nak nilai sorang2...wp guru dah biasa bercakap kat depan tapi nampak sgt semua nervous..yalah kena bercakap sorang kat depan and the rest tgk kita while two person judging us to give marks.."aiyoo butterflies in the stomach"kata cikgu india sebelah sy..padahal dia cair BI..tapi bila turn dia speaking aku tgk ckp merapu je..out of topic.
Hmm..mujur PTK dah dimansuhkan..beruntunglah yg tak pernah lalui PTK mcm kita org..seminggu full kena torcher gara2 nak naik pangkat..ishish.
Tapi sy rasa mereka yg tak lalui pengalaman mcm kami tu yg sebenarnya rugi hehe..


"For one thing ,public speaking is the royal road to self-confidence.The ability to communicate effectively with others and win their cooperation is an asset for in men moving to the top."
Jadi kita kena tanamkan sifat yakin diri supaya berani bila diminta berucap didepan khalayak.


Tips For Presentation:


  1. Know the needs of your audience and match your contents to their needs.  
  2. Know your material thoroughly. Put what you have to say in a logical sequence.
  3. Ensure your speech will be captivating to your audience as well as worth their time and attention.
  4. Practice and rehearse your speech at home or where you can be at ease and comfortable, in front of a mirror, your family, friends or colleagues.
  5. Use a tape-recorder and listen to yourself. Videotape your presentation and analyze it.  
  6. Know what your strong and weak points are.
  7. Emphasize your strong points during your presentation.
  8. When you are presenting in front of an audience, you are performing as an actor is on stage.
  9. How you are being perceived is very important.
  10. Dress appropriately for the occasion.
  11. Be solemn if your topic is serious.
  12. Present the desired image to your audience. Look pleasant, enthusiastic, confident, proud, but not arrogant.
  13. Remain calm. Appear relaxed, even if you feel nervous.
  14. Speak slowly, enunciate clearly, and show appropriate emotion and feeling relating to your topic.
  15. Establish rapport with your audience.
  16. Speak to the person farthest away from you to ensure your voice is loud enough to project to the back of the room.
  17. Vary the tone of your voice and dramatize if necessary.
  18. If a microphone is available, adjust and adapt your voice accordingly.

Friday, November 11, 2011

My little kid

Asalamualaikum,
Semalam betul2 keseorgan kat pejabat.Selepas pukul 5 ptg all staf dah balik and my assistance pun kena balik pukul 3 sbb the other assist. tengah bercuti honey moon.. bila tak ade org lain kat pejabat tu I am the last who leave the school and make sure semua yg ade  di pejabat spt komputer,aircond dll ditutup.Semalam juga YB menteri pelajaran dtg ke Matrik Banting..dan biasalah bila menteri datang,pengarah,pegawai pun turun ke Banting...mereka mesti lalu sekolah kami..dan dengan tak tentu pasal akan ade sedikit kebimbangan mungkin ..manalah tahu ade pengarah nak menyinggah..so sy pun meminta pengawas pergi ke setiap kelas meminta agar kelas2 dlm keadaan bersih dan tersusun..maklumlah dah lepas xm ni pelajar tend to make the kelas tunggang langgang..just fr precaution in case ..Alhamdullilah everything was under control .

Sementara menunggu nak balik tiba2 dengar pintu pejabat dibuka..ah budak kecik ni dah dihantar oleh abahnya kapada sy..apalagi abahnya nak pergi main tenis lah tu...tak apelah at least ade kawan tengah boring2 ni..we spent about 20 mins in my office..and tak sangka my little kid is actually very creative..sebelum ni dah pernah tengok dia melukis and siap dia jadikan macam komik..sambil ralit dia buat kerja dia sy curi2 tangkap gambar apa dia buat:
 my youngest Aqilah Hazwani bt Abdul Halim , 7 years.
                                                 
                                                                                                                                                               
sedang tekun mencipta soalan..
                                                        .

on the way nak siap


soalan  padankan tulisan jawi vs rumi ...dah siap..

sendiri buat soalan ..sendiri jawab..

Wednesday, October 26, 2011

Assalamualaikum,
Agak lama juga tak update blog ni.Semalam adalah hari yang agak meletihkan. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke UPM ..berjanji dengan anak yg belajar disana untuk buat pasport antarabangsa.Sampai di UPM pukul 8.00 pagi terus ke Serdang,mencari kedai gambar untuk bergambar pasport.Round2 banyak kedai masih tutup then we decided terus jelah ke Putrajaya..to save time.
Sampai di Putrajaya ,,biasalah kalau tak tawaf 3 atau 4 kali tak sah ..baru jumpa pejabat imegresen yang terletak di Persint 3 Sampai di pejabat Imegresen..bertanyalah kepada pak gad mana tempat nak buat pasport..."buat pasport dah bertukar ke Persint 15 ya..nah ini petanya" Haishh..kena pergi ke Persint 15 la pulak.
Sekali lagi tersesat2 nak ke situ..dah ku katakan tadi kalau pergi putrajaya..kalau tak sesat tu bukan putrajaya namanya hehe..
Senang aje prosedure buat pasport ni.
  1. .Bawa 2  keping gambar pasport
  2. 1 salinan kad pengenalan
  3. kalau anak bawah 18 tahun ,1 salinan surat beranak + 1 salinan kad pengenalan ibu atau bapa
  4. ukuran tinggi
  5. isi borang permohonan lekatkan 2 keping gambar tadi + fotostat ic
  6. tunggu dipanggil.
  7. proses
  8. tunggu dipanggil untuk bayaran  2 tahun RM100,5 tahun RM300
  9. Lepas bayar tunggu 1 jam untuk serahan...akan dipanggil,
  10. Pasport dah siap.
  11. klik
Oleh kerana kami tak ambil gambar lagi,,kenalah ambil gambar kat kedai yang mmg dah ade disitu..mak aiii
cekik lehernya..4 keping gambar paspot RM 15 ringgit..compared kalau kat kedai gambar dalam 8 keping baru RM12..4 orang RM60 huhu..nak cepat punya pasal bayar ajelah..tangkap gambar pun dalam keadaan tak bersedia..sbb itu bukan kedai gambar ,cuma kiosk jual jajan2 and at the same time ade perkhidmatan tangkap gambar paspot.
Budak yg jaga kiosk tu pun tak menang tangan..mana nak layan org beli,orang nak fotostat..nak tangkap gambar lagi...mujur budaknya cool aje!

Well..semua orang dah ade pasport,,cuma anak yang kat SBPI Gombak saje yang belum buat lagi coz dia ddk asrama..maybe hari khamis ni nak buat untuk dia pulak.kenapa baru nak buat pasport sekarang?sebenarnya sy ni bukan orang yang rajin no berjalan..sbb sy lebih suka ddk dirumah bila cuti ..dengan anak2 yang semua ddk diasrama sebelum ni...my weekend selalunya mmg on the road..then bila ade cuti2  i'd rather be on the bed dari travel kesana sini.. letihh..

Sekarang keadaan agak lega..masing2 dah masuk U...yang form 3 tunggu PMR..and the youngest tu.. hikmah yang Allah SWT bagi kat sy..kalau tak ada budak kecik tu sure my life is dull and boring..melayan karenah budak kecik ni walau mencabar tapi it makes my days alive..
I am very close to all my kids..make them as friend..and fulfill their needs..and hopefully they are also not dissapointing me..

Sentiasa mendoakan anak2 menjadi insan positif..mengharungi alam menuju kedewasaan pasti akan menempuh pelbagai cabaran dan kesilapan..itulah pelajaran yang tdk dapat dijual beli..and that is a normal phase of life.



                                 YEAYYY... pasport antara bangsa dah siap.. jom jalan2..


                                                                           HAHA..muka selenge...





                                                                         




                                                                       

Wednesday, September 21, 2011

Asalamualaikum wbt.
Orang kata dalam hidup ini kita tidak boleh sentiasa berada ditakuk lama...biasa kita mendengar " semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini" Kita harus sentiasa memperbaiki diri kita dalam ape jua perkara spt dlm kerjaya,..dlm hubungan dengan org disekeliling dan yg paling penting hubungan kita dengan Allah SWT.  Hubungan kita dgn Tuhan tidak perlulah kita nak gembar gemburkan seperti yg selalu sy baca dlm status fb...cth"hari ini sy puasa enam..nak berbuka dgn ape ye..atau mlm tadi sy sembahyang tahajjud ..atau kami berjemaah terawih di setiap mesjid ,sungguh seronok sekali...atau hari ini sy  buat kuih untuk dihantar kerumah anak-anak yatim " oh please I will never write this kind of statement..kalau boleh segala kebaikan yang kita lakukan kena betul2 ikhlas ibaratnya bila tangan kanan memberi jgn sampai kiri tahu..kalau satu dunia nak diberitahu ..fikirlah sendiri taknaklah jump into conclusion.

Dalam kerjaya pulak,I think I am happier to be an odinary teacher because..the higher u go,the bigger stone u will carry on yr soulder...and  definitely will slowly apart from yr friends...ape taknya..kalau dulu mmg seronok ddk dlm bilik guru..ramai2,bincang tentang subjek,bersembang2 dengan kawan2 bila waktu free tak ade kelas boleh lepak kat library ...dan yang paling best bila ada potluck..yang paling seronok ialah bila kita mengajar bdk2 form 5..sy mengajar modern maths and addmaths  .Kepuasan mengajar bdk2 tingkatan 5 memang tdk boleh dinafikan.pernah sy sanggup mengajar lima kelas ting 5 dari mengajar lower form sbb bila mengajar kelas peperiksaan semangat dia lain..menanda latihan yang menimbun,bdk2 dtg bertanya,menanda project  add maths...kelas tambahan petang..mana ade guru yang sanggup mengajar ting 5C utk dua subjek coz kelas ni bdk2nya agak nakal ..sylah guru maths dan add maths 5C,rekod betul...dan yang paling best bila keluar result SPM cikgulah yg paling excited sbb nak tgk hasil usaha sepanjang tahun .... best moment ever hadlah..huhu.

Tapi itulah...sekali bah,sekali pantai berubah..as time goes by ..masih disekolah yg sama tp post berbeza...

Friday, September 9, 2011

Asalamualaikum wbt.
Tgh surf2 internet..coincidently jumpa this article..klik
 Saje nak copy and paste and share...manalah tahu ada diantaranya boleh dijadikan panduan dan pedoman.Bukan ape... bdk2  semuda ting 1 pun dah pandai cintan - cintun ...
mmglah  benda ni kdgkala ssh utk remaja elak coz it is nature...tapi kena sedar that bercinta diusia muda sebenarnya hanya buang masa..fokas dah bercabang antara belajar dgn melayan cinta...jodoh kita dah tertulis di Loh Mahfuz..Allah SWT dah tentukan siapa ..so tak payah nak tumpu sgt bab2 ni...

Baca ya....


Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN CINTA
Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.  
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

Tuesday, August 23, 2011

Mujur tak jadi apa2..

Salam,
3.50 ptg:
Sedang saya membuat kerja di pejabat,tiba2 dapat satu panggilan telefon dari setiausaha saya...suaranya agak cemas "kak, ada satu tiang besi kat blok combat,sebelah koperasi baru ..macam ada short circuit lah..ada budak terpegang tiang tu kena renjatan elektrik..nama budak tu Farah dan Athirah..merah tangan dia orang"

Saya pun meminta S/U saya tadi supaya cepat2 letak tanda "JANGAN PEGANG TIANG INI ,ADA KEJUTAN ELEKTRIK"..saya pun bergegas ka blok combat dan melihat keadaan tiang tersebut..hmm memanglah baru lepas hujan yg sangat lebat..bila terkena air maybe ada mana2 wayar yang terkeluar..tu yg boleh mengalirkan arus elektrik..pada tiang itu dah tertampal tanda dan saya tambah dengan meletak tong sampah dekat tiang supaya pelajar tak tersentuh tiang tersebut..maklumlah ia dilaluan utama pelajar2..bimbang juga.

4:06 ptg 
Saya telefon kerani dipejabat suruh memberitahu perkara ini kpd pihak JKR..Hanya keesokannya pihak JKR datang membuat pemeriksaan...didapati voltan yang mengalir adalah 240V..mujur pelajar yang tersentuh tiang tu memakai kasut tapak getah...maka terlindunglah mereka dari menjadi pengalir wayar bumi..kalau tidak????? 
Akibatnya bekalan elektrik blok combat ditutup ..alamak kesiannya dengan anak2 murid saya yang kecik2 ni..bdk2 tingkatan 1 dan 2...dahlah sesi petang..panas...kipas pulak tak berfungsi ...harap2 cepatlah pihak bertanggungjwb  datang baiki...

Saturday, August 6, 2011

Alhamdullilah..boleh dah.

Salam,
Saya sangat berterima kasih kepada pelajar2,guru2 dan sekolah2 yang menjadikan blog ini sebagai sebahagian dari tempat untuk mencari bahan-bahan add maths secara on line.Apabila web hosting sekolah ëxpired..banyak bahan  didalam log ini tidak boleh di paparkan lagi kerana alamatnya tak ujud..and this page cannot be found...ada yang inbox message dlm fb sy supaya bahan2 ini dapat dipaparkan semula.

Oleh itu sy telah ada webhosting sendiri iaitu rahmahsamuri.net...jadi mudahlah nak upload bahan2  saya nanti.Sekarang sy sedang membuat modul yang dipanggil Intensive Revision Questions (IRQ) sebanyak 21 topik tingkatan 4 dan 5 with answers.Nak buat soalan2 ni bukanlah mudah... need a lot of time..lepas soalan siap kena pdfkan then baru boleh ltk kat blog...InsyAllah bahan-bahan baru akan saya tambah dari masa ke semasa..

Some people can make a lot of money with this kind of thing..tapi saya tak kisah..keluar duit adela nak bayar webhosting every year..mudah mudahan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar  dalam matematik tambahan ni..maklumlah dah mcm ade sticker kat kepala dia orang yang add maths tu susah.... pengalaman masa form 5 dulu belajar add maths mmgg...asyik bengang aje kat cikgu tu..rasa nak baling aje dengan buku sbb mengajar laju sangat..Tapi sekarang bila dah jadi cikgu add maths ni...seboleh mungkin saya ingin memahami anak murid sy supaya tak bengang dgn cikgunya....tak tahulah kalau ade jgk yang bengang hehe..
Jadi  kepada yang ingin mengambil bahan-bahan dari blog saya ..Silakan.

Wassalam

Saturday, May 14, 2011

Salam,
Blog maknanya 'be log'..nak be log all the time tu susahlah sbb banyak lagi urusan duniawi yang perlu diselesaikan.Hari ni saje kena menghadiri kursus LADAP sampai tengahari..Sekarang ni pelajar-pelajar lepasan SPM masing-masing dah tahu keputusan matrik,UPU,JPA,Mara dan lain2.Keputusan mana nak pergi mana pun mungkin dan dibuat oleh anak-anak kita.


Anak saya pulak dah buat keputusan nak ke UPM.Sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana melapangkan rezeki kepada dia..dapat matrikulasi jgk tapi nun jauh kat Changlun..jenuh nak drive menghantar dia ke Kedah kalau ditakdirkan tak dpt tawaran lain.Dah dapat dibayangkan penatnya perjalanan ke Kedah tu..mesti abahnya entah berapa kali mengantuk dan berapa banyak peket kuaci Cha Cheer kena beli supaya mata tak mengantuk sepanjang perjalan ke Kedah..mujur dpt tawaran UPU dapat pegi Asasi UPM..legaa.


Ape taknya masa sekolah di SBPI Selandar boleh dikatakan setiap dua minggu (masa form 1 setiap minggu) kena ke Melaka.Sebelum ni saya tak pernah dengar tempat nama Selandar ni.Bila anak dpt tawaran ke asrama di Selandar,wondering kat mana tempat ni.Goole earth cari kat mana dan pergi kat tempat tu nak reki dulu.Mak aii jauh kat hujung Melaka sempadan dgn Negeri Sembilan..tapi tempat tu damai dan sejuk.
Letih ulang ke Melaka tak hilang lagi..dah nak ke Kedah pulak..dahla disempadan Bukit Kayu Hitam.. jauh nau.Hmm..lama tak pegi Melaka rindu pulak..lalu kat highway turun di simpang empat...sampai round about kat Pengkalan selalu singgah makan kat kedai akak ni...nasik goreng kampung dia ..Superb,mee bandung dia slurrp..masak lomak cili api ikan sembilang salai dia...ishh meleleh air lioqq..Alamak rindu la pulak nak pegi Melaka...5 tahun tu..


Sebenarnya saya mmg penat sangat tahun lepas..sorang kat Melaka,sorang kat SBPI Gombak..bila time cuti balik dua2 org ni mulalah pening kepala..dua2 TAK NAK balik awal..sudahnya kalau nak anta balik asrama to be fair ibu bapa yang banyak berkorban..iaitu hantar adik ke Gombak lps zohor..so that dia taklah awal sgt balik asrama..sampai gombak about 4.30 pm ..then hantar kakak pulak ke Melaka..sampai sekolah SBPI Selandar selalu dah petang..lps semua setel baiklah parents ni tadi ke Banting dengan rasa mengantuk,letih dan sebagainya..sampai rumah sometimes pkl 10 malam..Itulah rutin sy sepanjg 5tahun lps..kalau anak2 tak menghargai pengorbanan ini tak tahulah...tak payah nak balas dengan ape2...balas dengan belajar rajin2 cukuplah..senang sangat.Tu yang bila tahu dpt matriks Changlun ...Alhamdullilah jgk tp tak berapa excited.


Endingnya masuk UPM..Asasi Sains UPM ni ramai org tak tahu..ramai org ingat lps Asasi ni mesti ambil bidang pertanian..silap tu.Asasi Sains UPM ni sama tarafnya mcm matrikulasi iaitu dpt bantuan kewangan dari KPM .Subjek di Asasi ialah Fiz,Kim,Bio,Math,BI and Basic Sains Pertanian coz Asasinya di UPM agaknya so kena blaja sains pertanian..tak apelah at least gain some new knowledge..dan slps habis Asasi pelajar boleh mohon mana2 fakulti diminati di UPM untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda cth fak kej,fak perubatan,fak sains,pendidikan dsb..mmg banyak choice and Insyaalah mmg dah di UPM.


Interview UTP pun dpt jgk..masa short listed for interview tu dlm hati tak kisah kalau tak dapat.Saje nak dedahkan anak dengan interview sbg pengalaman.Disamping tu dah lama tak jalan2 Ipoh semenjak anak yang first tu dah tak belajar kat MRSM Taiping tak pernah ke Ipoh dah..best jgk dapat melawat UTP dan jalan kat Ipoh..UTP tempatnya cantik ,prasarana lengkap..cuma agak panas.Tapi tak pergi sbb UTP is a private U and the cost is very high..unless if u got scholar bolehlah,,tapi kalau scholar FAMA bengkok den dibuatnya.


Simpati jgk dengan anak2 rakan yang tak dapat tawaran kemana2.Result taklah teruk sgt tapi mungkin semasa mengisi UPU salah pilih course..mungkin pilih yang banyak saingan dengan bdk2 yg result gempak.. tu yg ssh dapat.,kadang2 sebelum mengisi applications kena jgk rajin bertanya..selalu ingatkan anak2 rajin tanya kawan2 kot dpat info berguna..kalau buat derk aje dan bertanya bila tarikh tawaran dah tutup..tak boleh nak buat ape2lah..tunggu ajelah rayuan kali ke 2..moga2 dapat.


Untuk info rayuan sila klik disini.

Wednesday, May 11, 2011

ASALAMUALAIKUM

SALAM,dah lama saya tinggalkan dunia blog ni...dulu masa mula-mula gila buat blog tidor pun sampai pukul 2 pagi.,masing-masing berlumba nak siapkan blog..tapi sekarang boleh dikatakan semua bloggers of SMKTD macam dah hidup segan mati tak mahu..maybe ade lagi kot sorang dua yang masih aktif..Tahniah.

As for me dah hampir setahun tak update blog ni..sehinggakan password pun dah lupa..maklumlah asyik sibuk dengan facebook.Lepas ini kalau ade masa Insyaallah akan ku hidupkan semula blog ni.

Wassalam,

BANK SOALAN

visual dictionary for mathematics

visual dictionary for mathematics
Dictionary ini akan menerangkan secara visual tentang perkataan2 matematik..ini akan membolehkan pelajar atau guru atau sesiapa saja lebih faham tentang perkataan itu..any mathematic term that you want to understand more ..you can gain it from this visual dictionary.....MEMANG BEST....!!!
Dear students ,enjoy the exercises...start your revision now......I will upload more exercises on mathematics and add maths in future.. Strive hard to get A1 ...good luck! Utk enlarge klik petak empatsegi kanan sekali. from:Pn Rahmah

ANSWERING TECHNIC ON ADD MATHS

GUIDLINES ON ADDMATHS...nota ini sgt berguna kepada pelajar..boleh upload atau print terus!

Read this document on Scribd: fORMAT