Minggu ni agak memenatkan..been spent 4 days at Tiara Beach Resort attending taklimats and bengkels ( maaf bahasa yg sy gunakan dlm blog ni bahasa rojak..) walaupun ddk saje memasang telinga tp penat.Ia mengenai KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan di Ting 1 pada 2014.Sebelum dilaksanakan kurikulum ini akan diuji rintis kat sekolah selama 3 bulan..feb-apr 2012..Tujuannya supaya BPK dapat feed back dari sekolah2 so that ia boleh diperbaiki dari segi kesesuaian,kekangan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan di sekolah menengah pd 2014. Secara keseluruhan yang paling penting utk KSSM ni ..kurikulum yang digubal akan menyediakan pelajar2 yang dpt menangani masalah abad 21..and the most important is akan diterapkan 'Ëlemen Merentas Kurikulum"(EMK) iaitu ada 3 ,
- Kreativiti dan Innovasi
- Teknologi maklumat dan komunikasi(TMK/ICT)
- Keusahawanan.
Semua subjek ditingkatan satu akan diubah suai spy akan ade kronologi cth subjek matematik ,tajuk kebarangkalian akan diperkenalkan diting 1 lagi dan akan disambung di ting 4 /5. Subjek sivik dan kewarganegaraan akan diserapkan dlm subjek sejarah..itu sebahagian daripada perubahannya.
Saya bertolak ke PD pada ptg selasa lps,sampai Tiara pkl 5 ptg..terus check in..dapat 1 apartment .,ade dua katil,1 ruang tamu dan agak besar jgklah utk ddk sorang selama 4 hari..tak ada roomate ..dpt plk bloknya jauh dari tempat makan and ballroom tempat seminar.Masuk kebilik try wifi kot2 ade.. ..hampeh.Pergi kat lobby tanya kat bdk kaunter boleh tak access wifi.. bdk tu jwb " akk boleh guna wifi cafe,tapi kena mintak password kat cafe tu"hmm.. takkan nak kena ddk kat cafe...frust la mcm ni ..mesti bosan sorang2 kat bilik with no internet.
Then ptg tu che abang ajak pergi ke kedai dkt2 PD tu kot2 ade jual broadband..Alhamdullilah beli broadband maxis...boleh topup on line mcm prepaid ...wahh senang rupanya guna bb ni..kalau tahu begini dah lama beli..ketinggalan zaman betul hehe.but the slack thing was my computer plk hang ..tak boleh jgk on internet..mlm tu my little girl and abahnya balik ke banting sbb esok sekolah ..dan bwk sekali komputer tu balik kerumah ..nnti abang repair dan hantar balik ke PD kirim kat ckg sy yg nak g PD jgk hari berikutnya.The next day komp sampai kat sy...masa rehat try on internet...akhirnya berjaya..(* kat rumah abang repair sampai pkl 5 pg..dpt tido setengah jam aje sebelum g sekolah....haha ..sy tahu dia selalu akan berusaha to please me)
Seronok jgk sekali sekali g kursus ni..dpt berkenalan dgn kawan baru,jumpa kawan lama..yg kebanyakannya dah jadi pengetua sekolah.,bertukar2 cerita dan pengalaman membuat kita lebih bersemangat dan ingin memajukan diri lagi..
.tapi yang agak mencuit hati ialah satu hari tengah makan malam masing2 bercerita pasal bola antara Indon- Malaysia..seorang cikgu dari SMK Pendidikan Khas ni ada masaalah cacat penglihatan..dengan selamba dia berckp " sy memang tak suka tengok2 bola ni..buat sakit hati je.." dia tengok bola????
Kawan baru kak Izan Pengetua SMK Kiaramas KL.. ( Telok Kemang pada petang 16 Nov) Tq belanja makan kat situ... |
posing kat Pantai Telok Kemang. |
Bersama Pn hjh Asmah- guru sejarah sekolah sy. |
Suasana di Ballroom Tiara |
No comments:
Post a Comment